Image Image Image Image Image Image Image Image Image

02 May

By

Trend Manik Terkini

May 2, 2010 | By |

Dulu Lain, Sekarang Lain…

Jika dahulu, trend sulaman manik hanya dibuat pada hujung lengan baju sebesar 1 inci sahaja, lama-kelamaan trend itu berubah kepada susunan sulaman manik yang lebih tebal kepada 2 inci atau lebih. Malah, bagi mereka yang bertudung juga tidak perlu adanya penambahan aksesori di leher kerana sulaman manik pada leher kini telah menyerupai aksesori yang dipakai pada leher.

Ini menunjukkan corak sulaman manik tidak lagi hanya di keliling leher sebaliknya dipanjangkan atau dilabuhkan coraknya sehingga ke paras dada.

Itu berkaitan dengan saiz corak atau design sulaman manik, ia tidak termasuk bahan atau bagaimana teknik yang sentiasa digunakan. Jika anda perhatikan, teknik yang sentiasa digunakan dalam sulaman manik ini adalah jahitan selari, tali air dan juga jelujur. Oleh itu, jika anda mahir akan ketiga-tiga asas jahitan ini anda mampu menghasilkan corak yang terkini dan sentiasa seiring dengan arus trend sulaman manik.

Apa yang penting, anda mampu menambahkan nilai tambah pada busana anda supaya ia tidak kelihatan polos apabila digayakannya.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic