Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Teknik Sulaman Manik 3D

July 10, 2011 | By | 40 Comments

Sulaman manik 3D, bagaimana untuk menghasilkannya? Itulah persoalan biasa yang diajukan bagi mereka yang baru berkecimpung dalam bidang ini.

Mudah Menghasilkan Sulaman Manik 3D

Sulaman manik 3D sebenarnya mudah dan cantik dihasilkan cuma ia memerlukan ketekunan anda dalam menyiapkan sesuatu bentuk rekaan. Ini kerana, manik perlu di untai secara bersambungan sehingga membentuk bahagian-bahagian yang anda kehendaki.

Ringkasan Cara Menghasilkan Sulaman Manik 3D

Caranya amat mudah, iaitu seperti anda menghasilkan jalin pada rambut kanak-kanak ataupun teknik tali air semasa anda mengait benang bulu kambing. Dengan cara itulah, sulaman manik 3D ini dihasilkan. Sebagai contohnya, setiap butiran manik–manik kecil tersebut dilihat bercantum antara satu sama lain dan padat. Cuma, anda perlu menjahit sedikit pada fabrik sama ada di bahagian tulang ataupun sebahagian sisi rekaan anda supaya ia tidak terlucut pada fabrik.

Jangan Lokek Mengguna Pakai Manik Yang Banyak Dalam Setiap Rekaan Sulaman Manik 3D

Mudah untuk anda menghasilkan sulaman manik 3D ini bukan? Untuk makluman anda, dalam menghasilkan sulaman manik 3D ini, anda tidak boleh lokek untuk menggunakan jumlah manik yang banyak. Ini kerana, sulaman manik 3D ini menggunakan bilangan manik yang banyak berbanding dengan sulaman manik biasa. hal ini disebabkan ia perlu di untai secara bersusun dan padat.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam meguasai sulaman manik Bersama Kami!

Submit a Comment