Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Sulaman Manik Terkini Mampu Mencantikkan Busana Polos Untuk Lebih Menarik dan Ceria

May 31, 2014 | By | 40 Comments

Sulaman manik suatu seni yang mampu mencantikkan lagi busana yang polos agar nampak lebih menarik. Jika dahulu jarang individu yang mengenakan sulaman manik ini tetapi oleh kerana ramai wanita yang berkerjaya, maka agak janggal jika busana dibiarkan polos tanpa sulaman manik.

Sulaman Manik Untuk Gaya Busana Pengantin

Begitu juga dengan busana pengantin. Ia tidak lagi polos hanya dengan fabrik net ataupun lace sahaja tetapi kini sulaman manik mengambil tempat untuk mencantikkan lagi busana pengantin. Kilauan manik tidak hanya tampil dengan gabungan manik tetapi sulaman manik pada busana pengantin ini cukup mewah dengan kilauan Kristal, batu permata, mutiara dan sebagainya. Lihat sahaja busana pengantin Ning Baizura, Dato Siti Nurhaliza, Erra fazira, Memiey Suhaiza yang mewah dengan sulaman manik dan Kristal serta mutiara daripada Rafflesia.

Janggal Jika Busana Dibiarkan Polos Tanpa Sulaman Manik

Sebab itulah, saya katakan tadi bahawa amat janggal pada masa kini sekiranya busana wanita dibiarkan polos begitu sahaja tanpa sebarang aksesori seperti sulaman manik. Jika dahulu, dalam sekitar 5 tahun kebelakangan ini, busana yang dipakai ke pejabat ataupun ke majlis-majlis formal mahupun majlis-majlis koktel sahaja yang ditambah dengan sulaman manik. Tetapi pada tahun 2012, pakaian kasual juga turut dihiasi dengan sulaman manik yang pelbagai gaya.

Motif Sulaman Manik Pelbagai Berdasarkan Usia Pemakai

Jika dilihat, pakaian yang dihasilkan oleh Negara seperti Korea, Taiwan dan Tanah Besar China amat menggemari perhiasan sulaman manik pada baju-baju kasual mahupun t-shirt. Lihat sahaja t-shirt yang dipakai oleh golongan remaja ataupun awal remaja. Ia turut dihiasi dengan sulaman manik. Bezanya adalah motif sulaman manik yang digunakan nampak lebih segar bersesuaian dengan usia remaja mereka. Hal ini kerana, elemen bahan seperti labuci dan Kristal lebih mudah digunakan dalam rekaan untuk para belia remaja berbanding dengan sulaman manik yang sarat digunakan oleh wanita yang berkerjaya.

Alangkah Cantiknya Busana Yang Dihiasi Sulaman Manik

Bayangkan betapa cantiknya apabila t-shirt yang bergambar topi pada lukisan kartun remaja wanita dihiasi dengan kepingan labuci yang dijahit rapi. Walau pun corak dan hanya teknik asas sulaman manik yang digunakan, namun ia Nampak lebih cantik dan segar sekali gus ia menjadi minat remaja untuk memilikinya. Hal ini kerana artis-artis remaja Korea dan Taiwan gemar mengenakan pakaian kasual yang bermanik dan sekali gus menjadi ikutan para peminat mahupun remaja di Negara kita.

Begitulah tarikan sulaman manik terkini yang tidak lagi terhad kepada wanita berkerjaya sahaja tetapi sudah mula mendapat tarikan untuk golongan seawal usia remaja lagi. Namun, bezanya bagaimana motif yang mereka gayakan dalam sulaman manik tersebut mestilah sesuai dengan usia dan penampilan mereka.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam menguasai sulaman manik terkini Bersama Kami!

Submit a Comment