Dalam menyulam busana pengantin dengan menggunakan sulaman manik ia amat [...]
Rekaan sulaman manik terbaru kini menjadi bualan dan ikutan kepada peminat sulaman manik dalam menempah ataupun menghasilkan sendiri rekaan sulaman manik pada busana. Jika dahulu, corak sulaman manik tabur menjadi kegemaran ramai kerana ia mudah dihasilkan dan Nampak cantik jika dihasilkan dengan saiz yang tebal.
Corak Bungaan Sulaman Manik Terbaru Berubah-Ubah
Justeru, coraknya berubah-rubah apabila corak bunga-bungaan labuci yang menarik perhatian pereka fesyen ataupun penggemar sulaman manik. Ia tidak terhenti begitu sahaja kerana corak-corak sulaman manik ini berubah-rubah disebabkan rekaan-rekaan yang ditampilkan oleh pereka fesyen tanah air ataupun antara bangsa di pentas-pentas fesyen masa kini. Pentas IFF contohnya, telah memartabatkan rekaan busana Muslimah di persada antarabangsa yang dilihat menonjolkan rekaan sulaman manik yang menjadi pilihan pereka fesyen.
Pelbagai Tema Menarik Menghiasi Rekaan Corak Sulaman Manik
Dengan tema-tema yang menarik setiap tahun, pentas IFF mampu menarik pereka fesyen dalam menampilkan rekaan sulaman manik yang penuh elegan dan menarik. Justeru itu, corak-corak sulaman manik dilihat dihasilkan pada kaftan yang direka secara kontemporari yang tidak lagi diguna sebagai baju tidur. Ia telah dipamerkan sehingga boleh dipakai ke majlis-majlis rasmi ataupun majlis-majlis yang berprestij. Corak sulaman manik pada kaftan juga tidak hanya tertumpu di bahagian lengan sahaja. Malahan corak maniknya juga dihasilkan pada bahagian depan kaftan dengan penggunaan Kristal-kristal yang pelbagai saiz turut diperkenalkan.
Rekaan Sulaman Manik Digayakan Dengan Penuh Menarik Ibarat Puteri Mesir Purba
Malahan, rekaan sulaman manik ini turut digayakan seperti puteri-puteri di zaman kegemilangan Mesir Purba yang sarat rekaannya di leher dan juga di bahagian hadapan baju. Kombinasi kaftan Mesir dan Rom dihasilkan lebih Nampak kontemporari yang sesuai digayakan oleh semua lapisan masyarakat. Dengan tambahan rekaan sulaman manik yang pelbagai, corak busana kaftan kini diangkat tidak lagi sekadar sebagai baju tidur semata-mata.
Rekaan Sulaman Manik Untuk Busana Polos
Itulah penangan rekaan sulaman manik yang membolehkan sesuatu busana polos itu bertukar fungsinya. Ia tidak lagi sekadar dipakai di rumah sahaja kerana apabila diserikan dengan rekaan sulaman manik, ia mampu dibawa ke majlis-majlis yang berprestij.
Selamat mencuba.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam menguasai sulaman manik terkini Bersama Kami!
15 comments
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article
Leave a Reply Cancel reply
You must be logged in to post a comment.

Awesome blog article.Really thank you!
Enjoyed every bit of your article. Keep writing.
I really liked your blog post.Thanks Again. Great.
A big thank you for your blog article.Thanks Again.
Very good blog post.Much thanks again. Cool.
I really enjoy the article post.Thanks Again. Much obliged.
Thanks again for the post.Really looking forward to read more.
Thank you for your article.Much thanks again. Fantastic.
I value the article post.Thanks Again. Keep writing.
I cannot thank you enough for the article.Much thanks again. Fantastic.
Major thankies for the article.Thanks Again.
Thanks a lot for the blog. Will read on…
Really enjoyed this blog post.Really looking forward to read more. Really Cool.
Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Really Cool.
I appreciate you sharing this blog article.Really thank you! Really Great.