Terdapat pelbagai cara menjahit manik dalam setiap seorang penyulam manik tersebut. Ada yang menggunakan gaya ini, anda yang menggunakan gaya itu dan kesemuanya adalah untuk keselesaan si penjahit manik. Apakah cara menjahit manik yang selalunya dilihat? Apakah cara menjahit manik yang mudah? Jom kita tinjau! 

Cara Menjahit Manik mengikut keselesaan penjahit.

Jika diperhatikan ada di kalangan penjahit manik yang menggunakan alat sokongan seperti pemidang, buku, tangan dan juga objek lain dalam cara menjahit manik mereka. Ini bertujuan untuk menyokong supaya hasil rekaan sulaman manik nanti menjadi lebih kemas dan menarik.

Selain daripada itu, terdapat individu yang menjadikan faktor pemilihan benang yang baik sebagai tips utama dalam cara menjahit manik mereka seharian. Ia digabungkan dengan penggunaan benang yang tebal semasa menjahit manik yang bertindak sebagai satu langkah untuk memberikan keselesaan kepada mereka sewaktu menjahit manik. Dan inilah yang selalunya diamalkan oleh sesetengah penjahit dalam kaedah dan cara menjahit manik mereka seharian.

Guna Cara Menjahit Manik Mudah.

Bagi saya, terdapat satu cara menjahit manik yang paling mudah digunakan dan sering diaplikasikan saya walaupun pada awalnya sesetengah penjahit manik sedikit kekok untuk menghasilkannya. Ini kerana tiada objek yang menjadi bahan alas sewaktu menjahit manik untuk mendapatkan kekemasan. Cara menjahit manik yang digunakan saya ialah dengan menggunakan jari dan tapak tangan yang ditambah dengan sedikit teknik yang betul ketika memegang fabrik sulaman. Kaedah atau cara menjahit manik ini, saya namakan sebagai kaedah bedung anak kecil. Hasilnya, setiap teknik sulaman manik dan rekaan manik di busana akan lebih cantik dan kemas, biarpun anda menjahit di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

Segala-galanya boleh anda pelajari dalam Online Courses Sulaman Manik bersama saya kerana terdapat tips dan rahsia cara menjahit manik yang mudah akan diberikan kepada anda.

Manik Tidak Terburai Jika Cara Menjahit Manik Adalah Kemas.

Malahan, dengan kaedah tersebut, hasil sulaman manik anda tidak lagi terburai satu persatu dan jahitannya akan terus kekal serta mampu bertahan lama. Ini kerana jika anda mengguna cara menjahit manik yang betul, anda boleh menghasilkan rekaan sulaman manik yang kukuh, cantik dan unik coraknya. Pastinya rekaan sulaman manik tersebut akan mempunyai daya tarikannya tersendiri dengan menggunakan cara menjahit manik yang betul.

Malahan, seperti istilah “air tangan ibu” yang digemari oleh sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Oleh itu, anda mungkin akan mengatakan ‘tidak’ pada objek sokongan lagi setelah anda mempelajari tips-tips bagaimana cara menjahit manik yang berguna bersama saya dalam Online Courses tersebut.

 Ikhlas,

 Syahida Ramli

Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Mari Belajar Sulaman Manik

mari belajar cara menjahit manikp/s: praktik cara menjahit manik yang betul untuk hasilkan kekemasan dalam setiap rekaan.

Related posts:

  1. Cara Menjahit Manik – Lengkuk, Bulat dan Bergerigi
  2. Kunci Kekemasan Jahitan Manik
  3. Rekaan Sulaman Manik Untuk Kraf
  4. Jahitan Manik dan Pergerakan Tangan
  5. Mutiara Penyeri Jahitan Manik
Tags: peralatan menjahit manik, tips menjahit manik, buku jahitan manik 3d, cara pegang fabrik untuk menjahit manik, cara menjahit manik 3d, cara jahit manik di tangan, pelbagai jahitan manik, cara-cara menjahit manik, jahit manik mudah, kekemasan jahit manik

Leave a Reply