Rekaan sulaman manik terbaru kini menjadi bualan dan ikutan kepada [...]
Dalam sesi online courses sulaman manik asas ini, kami telah menyediakan sebanyak 8 modul sulaman manik untuk anda ikuti dan pelajarinya. Setiap modul sulaman manik yang dirangka dan dibangunkan adalah sesuai untuk semua tahap kecekapan anda dalam bidang sulaman manik sama ada anda sudah mempunyai asas sulaman manik, sudah mempunyai asas jahitan ataupun anda tiada apa-apa asas jahitan dan sulaman sebelum ini.
Kerangka Modul Sulaman Manik.
Pihak kami telah merangka 8 modul sulaman manik untuk anda pelajari dan sekaligus menguasai kemahiran sulaman manik asas ini. Modul-modul tersebut telah dipecahkan kepada beberapa peringkat seperti berikut:-
MODUL SULAMAN MANIK 01
Dalam Modul Sulaman Manik 01 ini, anda akan mempelajari 5 teknik sulaman manik dalam rekaan anda. Di antara teknik yang akan anda pelajari di sini ialah:-
- Teknik Manik Silang Pangkah
- Teknik Manik Jelujur
- Teknik Manik Selari
- Teknik Manik Bunga Bintang
- Teknik Manik Bunga Serunai Laut.
MODUL SULAMAN MANIK 02
Dalam Modul Sulaman Manik 02 ini pula, anda akan mempelajari 5 teknik menyulam manik yang turut merangkumi teknik, langkah demi langkah, aplikasi contoh, tips dan rahsia. Antara teknik manik yang bakal anda pelajari dalam Modul Sulaman Manik 02 ini adalah:-
- Teknik Manik Timbul
- Teknik Manik Putaran Mutiara
- Teknik Manik Selari 2 Layer
- Teknik Manik Selari 3 Layer
- Teknik Manik Bunga Loceng.
MODUL SULAMAN MANIK 03
Dalam Modul Sulaman Manik 03 ini pula, antara 5 teknik manik yang bakal anda pelajari ketika ini adalah:-
- Teknik Manik Tulang Belut Berlabuci
- Teknik Manik Bunga Selasih
- Teknik Manik Biku Timbul
- Teknik Manik Rantai
- Teknik Manik Batu Karang.
MODUL SULAMAN MANIK 04
Dalam Modul Sulaman Manik 04 ini pula, terdapat 5 teknik jahitan manik yang bakal anda pelajari merangkumi:-
- Teknik Manik Bunga Matahari
- Teknik Manik Biji Kana
- Teknik Manik Biji Putik Papaya
- Teknik Manik Kelopak Bunga Cengkih
- Teknik Manik Bunga Lilin Kristal.
MODUL SULAMAN MANIK 05
Dalam Modul Sulaman Manik 05 ini pula, anda juga bakal mempelajari 5 teknik jahitan manik seperti berikut:-
- Teknik Manik Teratai
- Teknik Manik Buah Beri
- Teknik Manik Dangling
- Teknik Manik Bunga Dahlia
- Teknik Manik Sisik Ikan Berbunga.
Dan.. banyak Lagi…
Itulah antara contoh Rangka Modul Sulaman Manik yang bakal anda pelajari untuk membolehkan anda memperoleh sijil daripada kami. Walau bagaimanapun, untuk makluman anda, hanya individu yang berjaya menghabiskan kesemua 8 modul sulaman manik sahaja yang akan diberikan sijil rasmi daripada kami.
Kaedah Pembelajaran Modul Sulaman Manik
Apabila anda mendaftar sebagai pelajar online courses sulaman manik kami, anda akan diberikan jadual waktu berskala secara automatik untuk modul yang dipilih. Jadual berkala tersebut perlu dimuat turun dan diisikan tarikh sebagaimana anda mula mendaftar. Setiap teknik manik yang akan diajar kepada anda akan diaktifkan secara automatik mengikut waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual tersebut.

Dalam tempoh waktu pengaktifan modul sulaman manik tersebut pelbagai material berkaitan akan turut diaktifkan serta ia akan muncul di dalam platform anda. Ia bertujuan memudahkan anda mempelajarinya satu persatu tanpa tekanan. Jadi, anda perlu memasuki atau log in ke dalam akaun keahlian anda dan melihat serta mengikuti setiap sesi pembelajaran sulaman manik yang akan diberikan.
Malahan, bonus-bonus istimewa juga akan diberikan dari semasa ke semasa di dalam akaun anda.
Jika anda lebih aktif, maka lebih teknik bonus akan diberikan. Dan teknik sulaman manik ini hanya diberikan kepada anda sahaja.
Ramai yang telah mendaftar dan mula menjana pendapatan sebagai penyulam manik. Anda bila lagi?
P/S : Daftar secepat mungkin kerana harga & yuran pakej yang disediakan akan berubah mengikut pasaran dan permintaan. Ini kerana sekiranya pendaftaran melebihi keupayaan server kami, pendaftaran peserta baru terpaksa dinaikkan bagi menanggung kos perkhidmatan server kami. Daftarlah sekarang dan pelajari serta kuasai setiap modul sulaman manik secara mudah tanpa tekanan.

Komentar Terkini