Image Image Image Image Image Image Image Image Image

30 May

By

Menyulam Manik dan Kristal

May 30, 2014 | By |

Penggunaan Manik dan Kristal

Ramai individu takut dalam menggayakan pakaian manik yang mempunyai pelbagai rupa atau bentuk. Sebenarnya bentuk manik,labuci dan batuan kristal yang berlainan jenis dan saiz akan memberikan seri ke atas reka cipta yang telah dibuat atau yang telah dicorakkan.

Jika anda memperoleh manik, batuan, kristal dalam pelbagai saiz, jangan panik, sebaliknya anda harus bijak mengolah bahan-bahan tersebut agar ia menjadikan corak sulaman anda lebih cantik dan menarik. Cuma, tips yang perlu anda tekankan adalah, design yang dihasilkan perlulah kemas jahitannya supaya ia tidak berkedut di tepi batuan tadi. Ini kerana jika anda menggunakan bahan-bahan yang tulen, ia lebih berat sedikit dan ketelitian anda menjahit dan menyulam amat dititik beratkan.

Jika anda menggunakan barangan atau bahan-bahan kristal dari plastik dan yang tidak ori, ia pula akan cepat pudar. Pokok pangkalnya, terserah kepada penjahit dan penyulam tersebut sendiri dalam mengguna pakai bahan-bahan untuk menghasilkan designnya.

Tetapi awas! Jika penempah tahu kualiti bahan yang digunakan adalah tidak setanding dengan harga tempahan yang ditetapkan, anda mungkin mengundang bencana.

Jangan lupa mengunjungi laman web terbaru kami yang menjual segala alatan sulaman dan jahitan di Manik2u.com

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator, Online Courses Sulaman Manik