Image Image Image Image Image Image Image Image Image

05 Jun

By

Menyulam Busana Pengantin

June 5, 2014 | By |

Menyulam Manik Busana Pengantin

Dalam menyulam manik busana pengantin ia bergantung kepada penggunaan fabrik pengantin tersebut. Jika dahulu pakaian pengantin adalah polos, kini pakaian pengantin mewah dengan manik menjadi pilihan para mempelai.

Fabrik Lace Menghias  Busana Pengantin

Biasanya, fabrik lace menjadi pilihan dalam busana pengantin. Cuma, anda perlu berhati-hati dalam menjahit pakaian pengantin ini kerana ada sesetengah lace yang bermutu mempunyai jaringan yang besar sehingga menyukarkan anda menjadi manik. Selain itu, ada juga fabrik lace ini seakan mengecut dan memeri yang menyebabkan jahitan manik anda menggelembung.

Menyulam Di Permukaan Lace Busana Pengantin

Oleh itu, untuk menghasilkan jahitan yang cantik, anda hanya perlu menjahit pada permukaan lace sahaja. Jika anda terjahit pada fabrik lapisan lace tersebut ia akan menyebabkan fabrik tersebut berkedut. Dengan ini, sulaman manik akan menjadi gelembung. Oleh yang demikian, anda perlu cermat dalam menjahit manik pada lace tersebut.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic