Image Image Image Image Image Image Image Image Image

23 May

By

Menyulam Atas Fabrik Lace

May 23, 2010 | By |

Kaedah Yang Sesuai Menyulam Manik

Menyulam manik untuk busana pengantin akan nampak lebih mewah apabila menggunakan fabrik lace yang berlabuci. Apabila berbicara tentang fabrik lace ini, terdapat beberapa teknik jahitan manik yang sesuai untuk digunakan bagi menjahit manik atau labuci pada fabrik tersebut. Namun, anda perlu berhati-hati jika menggunakan fabrik lace yang mempunyai jalur berpetak dan juga jalur yang bergetah seperti spring.

Berhati-Hati Ketika Menyulam Manik di Fabrik Lace

Ini kerana fabrik lace ini memerlukan anda menjahit manik dan labuci atau aksesori lain secara bersilang. Jika tidak, jahitan manik anda tidak akan kemas.

Pastikan Menyulam Manik dilakukan secara menegak

Selain daripada itu, bagi fabrik lace yang jalurnya berpetak 4 segi biasa, anda boleh menjahitnya secara menegak atau melintang. Ia juga tidak menyukarkan anda kerana anda akan dapat melihat dengan jelas urat kain lace tersebut.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator, Online Courses Sulaman Manik