Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Mengira Harga Upah Tempahan Jahitan Manik Pelanggan

December 5, 2010 | By | 40 Comments

Ramai pelanggan yang inginkan jahitan manik yang berkualiti dengan rekaan serta material manik yang cantik, terkini dan mewah namun meminta dengan harga tempahan yang murah. Ini mungkin akan membebankan anda  yang mengambil upah atau mengusahakan bidang jahitan manik jika perkara sebegini berlaku.

Bagaimana menentukan Harga Upah Tempahan Jahitan Manik.

Tips yang paling mudah ialah, anda haruslah bertanyakan bajet pelanggan tersebut dan bagaimana rekaan jahitan manik yang mereka inginkan. Jika rekaan jahitan manik yang diinginkan sangat sarat dan penuh atau mewah dengan pelbagai jenis material, maka anda boleh menyatakan harga tempahan anda berdasarkan kos sebenar corak tersebut yang dihitung dari segi kos material dan kos kerja tangan anda.

Namun, jika ia terlalu tinggi daripada bajet yang diperuntukkan oleh pelanggan jahitan manik anda, maka bolehlah anda mencadangkan jahitan yang hampir sama dengan design atau corak jahitan manik tersebut tetapi menggunakan material manik yang berbeza.

Rekaan Jahitan Manik Hampir Sama Mengikut Bajet.

Sebagai contohnya, jika pelanggan yang datang menempah bersama anda ingin menggunakan Kristal yang mewah dan mahal atau Kristal ori seperti Swarovzski dan bajet tempahan jahitan maniknya adalah rendah, maka anda bolehlah sarankan kepadanya supaya menggunakan Kristal Gred A yang dikeluarkan dari Korea ataupun China. Ini kerana kualiti Kristal adalah hampir sama.

Namun,ia berlainan dengan material yang menggunakan manik. Di mana anda jangan sesekali menukar pula manik-manik Jepun dengan manik-manik kecil Korea dan China kerana kualiti maniknya adalah tidak sama. Jangan sesekali cuba menukar sama ada kerana bajet upah jahitan maniknya rendah.

Gantikan Dengan Corak Jahitan Manik Yang Pelbagai.

Apa yang boleh anda gantikan hanyalah seperti Kristal, mutiara dan batu-batan sahaja. Di mana sifat dan kualitinya hamper sama dan tiada banyak beza mengikut bajet pelanggan anda.

Namun, sekiranya anda ingin gantikan barang-barang atau material tadi, anda perlu terlebih dahulu pastikan kualiti bahan tersebut menyamai kualiti material sebenar yang tinggi harganya. Juga anda perlu memberitahu secara terus terang kepada pelanggan anda sewaktu mereka datang dan mahu menempah jahitan manik bersama anda.

Gunakan Kebijaksanaan Dalam Memilih Material dan Rekaan Jahitan Manik Anda.

Namun, jika anda kesuntukan masa atau terlepas pandang dengan design yang diminta pelanggan tadi,maka anda haruslah bijak menggunakan pelbagai teknik jahitan manik yang berbeza-beza agar hasil jahitan manik anda mampu menarik hati pelanggan dengan bajet mereka yang rendah.

Apa yang penting, sebarang corak dan rekaan jahitan manik yang dipersembahkan kepada pelanggan, haruslah menarik perhatian mereka dengan hasil kerja tangan anda.

Jujur Dalam Setiap Tempahan Jahitan Manik Pelanggan Anda.

Pucuk pangkalnya, anda harus bijak dalam memilih material jahitan manik dan jujur dalam setiap penggunaan material untuk pelanggan anda. Ingat! Jika anda merasakan bajet yang diberikan tidak mencukupi, anda harus berterus terang kepada pelanggan anda daripada menipu mereka dengan menggunakan material yang telah dicampurkan dengan material ori.
Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic Collection

Moderator Online Courses Sulaman Manik.

Belajar Cara Jahitan Manik TerkiniP/s : Daftar dan anda bukan sahaja mempelajari teknik tetapi kami memastikan anda menguasai segala cara menjahit manik yang diajarkan. Juga disediakan bonus untuk mempelajari cara jahitan manik terkini.

Submit a Comment