Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Manik 3D & Teknik Jahitan Manik Terkini

July 27, 2014 | By | 40 Comments

Tibanya tahun 2011, maka fesyen jahitan manik terkini turut berubah. Teknik jahitan manik terkini lebih tertumpu kepada teknik manik 3D, di mana ia seakan-akan natural atau hidup. Ini bermakna, ia tidak hanya melekat pada fabrik tetapi juga boleh tergantung di atas fabrik. Dan itulah uniknya jahitan manik terkini di mana bunga-bungaan atau elemen-elemen lain boleh bergerak-gerak di atas fabrik seperti mana bunga-bungaan semula jadi.

Tali Tangsi Elemen Penting Dalam Jahitan Manik Terkini.

Apa yang paling penting adalah penggunaan tali tangsi atau seangkatan dengannya yang menjadi elemen dalam setiap jahitan manik terkini 3D ini. Ini kerana, sifat tali tangsi yang keras akan menghasilkan elemen rekaan manik yang terletak dan teguh berbanding dengan penggunaan benang yang lembut serta bergerak-gerak.

Gabungan Material Lain Dalam Jahitan Manik Terkini.

Selain itu, anda juga boleh menggabungkan penggunaan benang dan tangsi semasa menjahit manik tersebut. Malahan, teknik jahitan manik terkini ini boleh juga menggunakan pelbagai jenis alatan dan material lain yang tidak hanya tertumpu kepada manik, kristal, labuci, mutiara dan batuan-batuan sahaja.

Ia juga boleh menggunakan elemen-elemen seperti benang, bulu kambing dan juga stoking dalam menghasilkan rekaan yang menggunakan teknik jahitan manik terkini 3D ini.

Bidang Jahitan Manik Terkini 3D Adalah Luas.

Jadi, jahitan manik terkini merupakan satu bidang yang luas untuk dikembangkan lagi dalam menghasilkan karya kreatif sewaktu menyulam manik. Malah, jahitan manik terkini ini juga dapat memberikan kepuasan dan kredibiliti kepada penyulam-penyulam untuk mengembangkan bakat-bakat mereka supaya menjadi seorang penyulam yang lebih profesional dalam menghasilkan rekaan yang menggunakan teknik jahitan manik terkini 3D.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar dan Hasilkan Fesyen Jahitan Manik Terkini Busana Anda

Jom Hasilkan Pelbagai Fesyen Jahitan Manik Terkini Untuk Busana Anda!

Submit a Comment