Labuci India mempunyai pelbagai kegunaan untuk mencatikkan setiap CORAK SULAMAN MANIK yang anda hasilkan. Namun, ramai di antara penyulam manik baru yang tidak tahu untuk mengaplikasi dan menggunakan labuci India dalam rekaan corak sulaman manik mereka. Sebagai contoh, ada di antara peserta bengkel sulaman manik secara online ini bertanya kepada saya tentang bagaimana untuk menggunakan labuci India sahaja dalam menghasilkan corak sulaman manik untuk rekaan bentuk bunga yang cantik.

Pelbagai Teknik Hasilkan Corak Sulaman Manik

Jawapan untuk pertanyaan di atas yang dapat diberikan adalah labuci India sememangnya boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan corak sulaman manik bunga anda kerana terdapat pelbagai jenis teknik dalam menghasilkan bunga.

Cuma, teknik yang biasa diguna pakai adalah penggabungan labuci sedang dengan labuci India supaya rekaan corak sulaman manik yang terhasil akan menjadi lebih timbul dan menyerlah.

Rekaan corak sulaman manik tadi menjadi timbul ekoran daripada labuci sedang yang sifatnya menyerupai sebuah piring atau pinggan atau mempunyai sifat melengkung di sisinya.

Bagaimana menggunakan labuci India semata-mata dalam rekaan corak sulaman manik

Jadi, jika anda ingin menggunakan labuci India semata-mata dalam menghasilkan corak sulaman manik berbunga, terdapat beberapa teknik yang boleh anda gunakan iaitu teknik sisik ikan, teknik jejari lipan yang dikembangkan dan juga teknik manik kepingan labuci.

Kesemuanya terpulang kepada kreativiti anda untuk menghasilkan rekaan corak sulaman manik yang beraneka teknik sebagai langkah mencantikkan rekaan manik pada busana anda.

Serlahkan corak sulaman manik busana anda

Selain daripada itu, anda juga boleh menggabungkan labuci India tadi dengan manik-manik kecil seperti manik bulat kecil atau manik silinder kecil ataupun manik bersegi.

Apa yang penting dan perlu diambil kira sewaktu memulakan sesuatu idea dalam menghasilkan rekaan corak sulaman manik adalah anda perlu kreatif dalam menggabungkan labuci India dengan manik-manik dan material yang lain untuk mendapatkan hasil corak sulaman manik yang cantik dan indah.

Pokok pangkalnya, biarlah hasil rekaan corak sulaman manik yang dibuat itu cantik dan sedap mata yang memandangnya.

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik

corak sulaman manik

P/S – Jangan lupa bersama saya untuk mempelajari pelbagai teknik sulaman manik dalam menghasilkan rekaan dan corak sulaman manik yang menarik, indah dan kreatif.

Related posts:

  1. Rekaan Sulaman Manik Untuk Kraf
  2. Kegunaan Labuci 1mm
  3. Cara Menjahit Manik – Lengkuk, Bulat dan Bergerigi
  4. Teknik Manik Bunga Camelia
  5. Sulaman Manik Penyeri Busana Wanita
Tags: rekaan corak, cara menjahit manik jejari lipan, pelbagai corak piring, corak manik dan labuci, sulaman manik dan labuci 2011, teknik dalam menghasilkan corak, bunga labuci, contoh sulaman timbul, corak sulaman bunga, rekaan bentuk bunga

Leave a Reply