Keunikan Online Courses Sulaman Manik
Tak Kenal, Maka Tak Cinta…
Tak Sungguh, Takkan Dikata…
Kepada Para Peminat Sulaman Manik, Adakah anda pernah mengalami situasi seperti di bawah:-
Pernahkah anda melihat bagaimana rakan anda, saudara mara atau kenalan anda memakai pakaian bermanik dan labuci yang kelihatan sangat cantik dan indah?
Pastinya anda tertanya-tanya anggaran harga tempahannya. Tentu mahal bukan? Alternatifnya, ANDA CUBA UNTUK MEMPELAJARI KEMAHIRAN SULAMAN MANIK INI.
Pernahkah anda membaca buku-buku kaedah menyulam manik dan labuci tetapi anda masih tidak mampu mempraktikkannya semula dengan sempurna?
Hakikatnya, terlalu banyak kaedah berbentuk buku dan penerbitan yang mengajar anda tentang menyulam manik dan labuci pelbagai fesyen. Dan kesemuanya mempunyai persamaan iaitu:-
- Sangat sukar dipraktikkan! Ini kerana setiap langkah tidak ditunjukkan secara satu persatu dari mula hingga akhir bagaimana seharusnya anda menyulam manik mengikut kaedah yang betul dan sempurna. Walhal kesemua langkah tersebut merupakan bahagian-bahagian penting untuk memudahkan pemahaman anda.
- Gambar foto langkah yang kabur dan kurang jelas.
Alternatifnya, anda CUBA UNTUK MEMPELAJARI KEMAHIRAN MANIK INI SECARA BERGURU.
.
Pernahkah anda mengikuti mana-mana bengkel sulaman manik, tetapi masih gagal menguasai kemahiran manik ini dengan teliti?
Bukan sahaja wang dan masa yang terpaksa dikorbankan, namun tiada jaminan bahawa anda mampu menguasainya. Ini kerana,
- Terlalu ramai peserta yang hadir dalam sesuatu sesi bengkel sehinggakan pengajar tidak mampu fokus.
- Adapun, pengajar yang sebenar tidak hadir sebaliknya pembantunya yang kurang pengalaman telah mengajar anda. Ia ditambah tenatkan lagi, apabila anda merupakan individu yang langsung tiada asas jahitan. Semakin parah apabila anda juga merupakan seorang individu yang pemalu. Ditambah pula dengan sifat anda yang gentar untuk bertanya soalan.
- Adapun tenaga pengajar BUKAN merupakan individu yang benar-benar pakar dalam kemahiran sulaman manik tersebut. Sebaliknya ia hanyalah seorang perunding yang memberikan khidmat rundingan kepada anda.
Alternatifnya, anda CUBA UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN dan PEMAHAMAN LANJUT tentang kemahiran manik yang telah diikuti selepas tamat program.
.
Pernahkah anda cuba menghubungi dan mendapatkan konsultasi semula selepas bengkel bersama tenaga pengajar anda berkaitan dengan kefahaman anda mengenai kemahiran yang dipelajari, namun mereka tidak pernah respons dan melayan panggilan anda?
Jika anda ingin juga dilayan, anda akan dikenakan caj tambahan untuk sesi konsultasi selepas bengkel?
Ada kalanya tenaga pengajar hanya memberikan khidmat nasihat dan rundingan hanya dalam tempoh 1-3 bulan sahaja. Adakah anda terasa tertipu dan teraniaya?
Namun hati anda masih berkobar-kobar dan menginginkan peluang baru untuk mempelajari dan menguasai kemahiran sulaman manik ini.
Adakah anda benar-benar ingin menguasai kemahiran sulaman manik ini ke TAHAP yang LEBIH SEMPURNA?
Jika anda inginkan satu platform sebenar untuk menguasai Kemahiran Sulaman Manik ini KE TAHAP YANG LEBIH SEMPURNA, tidak kira sama ada anda mempunyai asas jahitan ataupun tidak, kami menyediakan platform pembelajaran secara online untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran sulaman manik ini bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri.
Ini kerana terdapat…
7 Sebab Mengapa Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik Kami Adalah LANGKAH UTAMA Anda Untuk Menguasai Kemahiran Sulaman Manik!
Satu-satunya modul pembelajaran yang dirangka dan dikendalikan oleh seorang PAKAR SULAMAN YANG DIIKTIRAF oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia & MARA Malaysia.
Modul-modul dan kaedah pembelajaran Mari Belajar Sulaman Manik telah dirangka dan dikendalikan oleh Puan Syahida Ramli – Pakar Sulaman, Fesyen & Apparel Yang Diiktiraf di Malaysia. Modul dan sesi pembelajaran secara online ini memuatkan maklumat-maklumat penting, teknik-teknik menyulam manik secara kemas dan indah, dan tips-tips yang digunakan oleh Puan Syahida sendiri dalam pengalaman beliau mengajar dan memberi khidmat perundingan dalam kemahiran sulaman manik ini. Berbeza dengan mana-mana kaedah dan modul yang lain, Puan Syahida merupakan individu yang akan membimbing anda secara “live” dan berterusan sehingga anda benar-benar menguasai kemahiran sulaman manik ini.
LEBIH 21 TAHUN PENGALAMAN Dalam Bidang Kemahiran Sulaman.
Puan Syahida Ramli mempunyai pengalaman lebih 21 tahun dalam kemahiran sulaman manik. Ia merupakan perniagaan dan kemahiran yang diwarisi turun temurun yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
LEBIH 5 TAHUN PENGALAMAN Memberikan Perundingan Dalam Kemahiran Sulaman dan 10 tahun dalam bidang latihan dan perundingan
Dalam jangka masa tersebut, Puan Syahida bersama Akademi Sulaman Sri Classic telah memberikan khidmat perundingan kemahiran sulaman kepada lebih 2,879 orang peserta secara individu dan jumlah ini tidak termasuk mana-mana bengkel dan kursus bersama agensi dan anjuran-anjuran luar.
KAEDAH PENYAMPAIAN dan Persembahan Modul Secara Santai dan SANGAT MUDAH DIFAHAMI SERTA DIKUASAI.
Kesemua modul yang diajar di Mari Belajar Sulaman Manik adalah sangat mudah difahami dan dikuasai. Ia diolah secara mudah langkah-demi langkah hinggakan sesiapa sahaja boleh memahami biarpun tanpa mempunyai asas jahitan dan sulaman langsung sebelum ini.
Sesi Modul Online Courses diajar Secara Berperingkat-peringkat setiap minggu dan ZERO STRESS.
Kesemua modul yang diajar adalah secara berperingkat-peringkat dan berskala. Ia bagi memudahkan anda memahami dan menguasai setiap teknik dan pengajaran yang diberikan secara menyeluruh serta pembelajaran secara “zero stress”. Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan keseluruhan proses modul pembelajaran anda dalam tempoh yang singkat.
BAHAN DAN KANDUNGAN dalam pelbagai material dan bentuk penyampaian.
Pastinya, anda sudah pun memiliki banyak buku rujukan dalam manik. Dan sejauh mana keberkesanannya? Adakah setiap langkah dan teknik dipaparkan secara terperinci? Adakah anda benar-benar faham dengan kandungan yang diberikan? Berbeza dengan mana-mana bahan dan material rujukan kemahiran sulaman di atas, Mari Belajar Sulaman Manik memuatkan kesemua teknik dengan pelbagai medium berbentuk video tutorial, video tips, audio, presentasi interaktif, langkah demi langkah secara terperinci, langkah bergambar dengan resolusi gambar tinggi untuk paparan yang lebih jelas, bahan penulisan akademik, interaksi bersama komuniti Mari Belajar Sulaman Manik dan bonus interaksi secara live bersama pengasas dan guru anda iaitu Puan Syahida sendiri.
KONSULTASI SECARA “LIVE”
Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan dan permasalahan dengan kaedah dan pemahaman modul-modul yang diberikan, anda boleh berinteraksi dan merujuk secara langsung dan “live” bersama Puan Syahida selama mana anda menjadi ahli Mari Belajar Sulaman Manik.
Sesungguhnya… Mari Belajar Sulaman Manik TERBUKA kepada semua lapisan masyarakat!
Justeru, Mari Belajar Sulaman Manik merupakan gerbang online tutorial yang memberikan anda peluang untuk merealisasikan impian anda untuk mempelajari dan menguasai kemahiran sulaman manik ini secara menyeluruh daripada pakar yang sebenar.
Tidak kira sama ada anda mengimpikan untuk
- Membuka butik sulaman sendiri,
- Menjadi seorang guru sulaman,
- Menjadi perunding dalam bidang sulaman,
- Menerima tempahan sulaman manik dari rumah sebagai sumber pendapatan sampingan
Maka online courses ini adalah jalan penyelesaian utama kepada impian anda.
Paling penting, ia mudah dikendalikan. Untuk memasuki sistem pembelajaran online courses anda, anda tidak perlu bersusah payah untuk memahirkan diri anda dengan IT. Segala-galanya secara online dan automatik. Hanya dengan talian Internet sahaja, Anda perlu daftar, login dan layarilah pilihan modul sulaman manik anda yang diberikan secara berperingkat-peringkat minggu demi minggu.
Ia dirangka untuk sesiapa sahaja sama ada anda adalah:-
- Seorang tukang jahit yang ingin meningkatkan tahap kemahiran yang sedia ada.
- Seorang individu yang mempunyai asas jahitan.
- Seorang pensyarah di dalam bidang fesyen dan apparel yang inginkan sumber rujukan.
- Seorang pelajar dalam bidang fesyen dan apparel.
- Seorang guru dan trainer dalam bidang sulaman.
- Seorang individu yang tiada asas jahitan dan sulaman.
Maka menjadi ahli dalam Mari Belajar Sulaman Manik ini ADALAH SATU SAHAM KEPADA DIRI ANDA YANG SANGAT BERNILAI.
Jadi, jangan lupa mendaftar bersama kami SEKARANG!!
P/S : Daftar secepat mungkin kerana harga & yuran pakej yang disediakan akan berubah mengikut pasaran dan permintaan. Ini kerana sekiranya pendaftaran melebihi keupayaan server kami, pendaftaran peserta baru terpaksa dinaikkan bagi menanggung kos perkhidmatan server kami.

Komentar Terkini