Image Image Image Image Image Image Image Image Image

23 Jan

By

Jahitan Manik dan Pergerakan Tangan

January 23, 2014 | By |

  Dalam menjahit manik supaya lebih kemas, peranan kedua-dua belah tangan amat penting. In kerana satu tangan digunakan untuk menjahit dan satu tangan lagi digunakan pula untuk menyokong manik supaya ia kemas dan kukuh.

Dengan kedua-dua pergerakan tangan yang saling membantu ini, tidak perlulah benang menjahit manik digunakan sehingga 4 lembar atau lebih. Ia memadai dengan 2 lembar sahaja.

 Pun begitu, kekuatan dalam menjahit perlu ada tetapi tidak terlalu kuat dan tidak terlalu longgar. Sekiranya jahitan yang terlampau kuat, ia akan menyebabkan fabrik anda berkedut-kedut. Ia akan jelas kelihatan bagi fabrik-fabrik yang nipis seperti sifon dan sutera.

Sekiaranya tangan kanan menjahit, tangan kiri perlulah menyokong jahitan semasa penarikan benang, semasa jarum dipegang serta semasa memegang manik supaya ia tetap semasa jarum disusup atau dikeluarkan.

Dengan cara ini, fabrik yang lembut tidak akan berkedut dan manik yang dijahit akan menjadi kukuh.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menggunakan tangan kidal, pergerakan di atas akan berlaku secara songsang. Ia disesuaikan pada mereka yang kidal.

(p/s: Jika anda berminat untuk mempelajari teknik jahitan manik yang betul, sila daftarkan diri anda untuk mana-mana bengkel jahit manik anjuran Sri Classic Collection secara temujanji mahupun berkumpulan setiap hari. Sila rujuk laman web kami untuk maklumat seterusnya.)

Sumber : Butik & Akademi Sulaman Sri Classic

Syahida

Penulis : Syahida bte Ramli, Pengasas & Perunding Sri Classic Collection yang berpengalaman di dalam bidang sulaman kerawang & manik lebih 19 tahun.