Image Image Image Image Image Image Image Image Image

18 Jun

By

Gabungan Pelbagai Teknik Jahitan Manik

June 18, 2014 | By |

 Dalam membuat sesuatu bunga yang lebih kembang dan lebih besar, gabungan pelbagai teknik jahitan harus dilakukan.

Sebagai contoh, kudup bunga yang lebih timbul dibuat dengan menggunakan teknik sesungut atau teknik 3 serangkai. Kemudian, brulah dibuat kelopak demi kelopak dengan membuat teknik bunga dahlia yang kembang.

 Di sini penghasilan kelopak bunga dahlia yang berlapis-lapis dalam lingkungan yang besar akan dapat mencantikkan lagi bunga yang bakal dihasilkan.

Seterusnya, barulah dibuat teknik sisik ikan di keliling bunga dahlia tadi. Bagi melihatkan kelainan gabungan 2 biji labuci iaitu labuci india dengan labuci sedang akan menyerlahkan lagi bunga yang dihasilkan.

Setelah itu, anda boleh lihat bahawa manik yang terhasil sangat cantik dan lebih menyerlah, biasanya ia akan digunakan untuk fabrik lace ataupun sifon yang sesuai digunakan untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinana atau majlis makan makan.

Ini kerana penghasilan bunga tadi lebih menyerlah disebabkan oleh pengabungan teknik yang dihasilkan.

(p/s: Jika anda berminat untuk mempelajari teknik jahitan manik yang betul, sila daftarkan diri anda untuk mana-mana bengkel jahit manik anjuran Sri Classic Collection secara temujanji mahupun berkumpulan setiap hari. Sila rujuk laman web kami untuk maklumat seterusnya.)

Sumber : Butik & Akademi Sulaman Sri Classic

Syahida

Penulis : Syahida bte Ramli, Pengasas & Perunding Sri Classic Collection yang berpengalaman di dalam bidang sulaman kerawang & manik lebih 19 tahun.

Tags: manik,+sulaman+manik,+jahitan+manik