Pejam celik pejam celik, trend sulaman manik terkini amat cepat berkembang berbanding dengan aksesori busana yang lain. Di mana ia masih menitik beratkan elemen-elemen tradisi. Bukannya tidak mahu mengekalkan elemen tradisi, tetapi sulaman manik dilihat boleh dipengaruhi dengan unsur-unsur luar agar ia dapat menjadi rekaan sulaman manik terkini yang semakin diminati.

Fesyen Sulaman Manik Terkini Mula Dipakai Ke Pejabat

Unsur-unsur luar tersebut seperti pengaruh fesyen luar Negara sama ada Negara jiran, Eropah, India dan Benua Arab menjadikan fesyen sulaman manik terkini dilihat sebagai elemen yang cantik pada busana. Ini kerana ia tidak lagi dijadikan busana ke majlis-majlis glamor tetapi kini busana sulaman manik dipakai ke pejabat juga untuk pakaian kasual harian.

Penggunaan Labuci Pelbagai Bentuk Merubah Corak Sulaman Manik Terkini

Itulah uniknya corak dan rekaan sulaman manik terkini yang dikatakan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Penggunaan labuci dalam rekaan sulaman manik terkini juga merupakan satu elemen yang secara total merubah corak sulaman manik itu sendiri. Misalnya, jika dahulu, kita hanya kenal akan bentuk labuci yang bulat dan bersaiz sederhana, tetapi kini bentuk labuci yang pelbagai seperti gergaji, mata kail, subang, daun, bunga, bintang, rama-rama dan sebagainya dapat dilihat dan ia benar-benar menarik dan menjadikan labuci sebagai satu idea baru kepada para pereka fesyen dalam menghasilkan corak sulaman manik terkini mereka.

Fesyen Sulaman Manik Terkini Lebih Menampilkan Imej Keremajaan

Terkini, labuci berbentuk subang sering dilihat dijahit pada selendang serta di keliling tudung yang berawning. Ini sekali gus, menampilkan fesyen sulaman manik terkini yang lebih keremajaan dan segar sekiranya wanita yang matang turut menggayakan fesyen sulaman manik sebegini. Selain itu, dilihat juga elemen seperti Kristal-kristal magnet yang digunakan dalam rekaan sulaman manik terkini.

Bentuk, saiz, warna seperti chrome dan warna magnet memberi nafas baru dalam menghasilkan corak sulaman manik terkini. Jika anda bukannya individu yang mengikut trend fesyen semasa, mungkin ia sesuatu yang amat janggal kerana anda mungkin kekok untuk menggayakannya. Namun, jika anda sememangnya mengikuti trend dan fesyen sulaman manik terkini, pastinya anda tidak akan melepaskan peluang dalam menggayakan elemen di atas dalam segenap hasil rekaan sulaman manik terkini pada busana pakaian anda. Pastinya anda akan terpegun dengan hasil corak sulaman manik terkini itu nanti.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam menguasai sulaman manik terkini Bersama Kami!

Tags: fesyen sulaman manik, sulaman manik terkini, tempahan sulaman, baju manik glamor, sulaman manik dan labuci, fesyen terbaru di dalam dan luar negara, corak sulaman manik terkini, menggubah manik d baju, manik, sulaman sulaman terkini

104 comments

  1. Mashitah Badrul
  2. Danish M Hakim

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply