Elemen sulaman manik adalah yang menarik perhatian saya dalam pertunjukan fesyen Muslimah di pentas IFF. Elemen sulaman manik masih menjadi tema atau trend pereka fesyen dalam menghiasi rekaan busana mereka. Walaupun trend sulaman manik masih digunakan, apa yang menarik lagi ialah penggunaan batu-batuan kristal yang bersaiz besar mewarnai corak sulaman manik.

Sulaman Manik Dengan Bahan Kristal dan Perak

Kristal-kristal yang digunakan bukan sahaja besar tetapi mempunyai pelbagai bentuk dan corak dalam menghiasi rekaan sulaman manik sesuatu busana yang dihasilkan. Selain itu juga, ia ditambahkan lagi dengan elemen warna-warna chrome ataupun tembaga serta perak. Elemen warna-warna sebegini juga telah diadaptasikan ke dalam rekaan sulaman manik. Mungkin pada mulanya ia nampak janggal sedikit kerana penggunaan tembaga ataupun perak yang kebiasaannya digunakan sebagai aksesori kraf wanita sahaja. Tetapi pada kali ini ia dijadikan hiasan tambahan dalam rekaan sulaman manik.

Memberi Nafas Baru Dalam Rekaan Sulaman Manik

Realitinya, penggunaan bahan-bahan di atas memberi elemen baru dalam reka bentuk corak sulaman manik yang nampak lebih unik dan kontemporari. Selain itu, ia memberikan satu fenomena baru dalam fesyen sulaman manik terkini di mana ia meliputi penggunaan batu-batuan yang bersaiz besar mahupun yang berbagai-bagai bentuk.

Busana Polos Menjadi Inspirasi Dalam Rekaan Sulaman Manik

Walaupun begitu, rekaan yang dipamerkan di pentas IFF amatlah bersesuaian dengan tema Mongul yang diketengahkan. Apa yang pasti, busana polos menjadi ilham kepada para pereka fesyen dalam menghasilkan sulaman manik agar ia dapat menjadi inspirasi dalam rekaan busana Muslimah masa kini. Busana polos dikatakan mudah untuk disulam dengan sebarang aksesori tambahan seperti sulaman manik dan kristal.

Sulaman Manik Satu Kemestian Pada Busana Masa Kini

Bermula dengan teknik-teknik yang mudah sehingga teknik-teknik yang kompleks akan menjadikan setiap rekaan sulaman manik diminati ramai. Amat kekok jika melihat busana yang dijahit tanpa dihiasi dengan sebarang aksesori tambahan kerana rata-rata kini, setiap busana akan ditambah dengan sulaman manik walaupun ia adalah busana yang pasang siap yang dijual di seluruh pelosok negara.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam meguasai sulaman manik Bersama Kami!

Tags: kursus aksesori wanita 2012, zaiton pereka muslimah, busana muslim mewah, jahitan manik terkini, corak jahitan manik terkini, reka bentuk manik, elemen rekaan, manik labuci yang baru baru, sulaman manik terkini, rekaan baru reka cipta

192 comments

  1. A'isah Solehin
  2. Jaafar Simpson
  3. Sofea Hakim
  4. A'isah Samad
  5. Na'emah Ja
  6. Syaheeda Yakub
  7. Maimoon Yakub
  8. Hairani Abd Kassim
  9. Tengku Khir Ahmad
  10. Khurisa Jamal
  11. Sumayyah Jaafar
  12. Hanna Damia Badli
  13. Hairunnisaa Husin
  14. Zubedah Ngadiron
  15. Khurisa Jaafar
  16. Badariah Abd Karim
  17. Khairiah Md Arif
  18. Mas Ayu Mukhriz
  19. Rafeah Ramli
  20. Mas Idayu Amiruddin
  21. Liyana Irdina A Waheed
  22. Bahiah Faudah Tengku Masood
  23. Danish Nukman
  24. Sabariah Badli
  25. Hairunnisaa Ja
  26. Fakirah Mahmood
  27. Fatma Abd Wahub
  28. Badar Massidi
  29. Zaitun Moslem
  30. Azza Badrina Syed Nasir
  31. Kamariah Saleh

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply