Jika dahulu, corak sulaman manik hanya sedikit sahaja digunakan sebagai menghiasi busana. Namun, kini trendn corak sulaman manik berubah daripada jarang ditemui kepada penghias busana dengan lebih mewah. Tidak lagi hanya teknik manik jelujur, teknik manik iring atau teknik manik tabur yang dgunakan, tetapi kini serba-serbinya rekaan corak sulaman manik menjadi lebih mewah dan lebih bling bling!

Corak Sulaman Manik Dulu dan Sekarang

Jika dahulu, corak sulaman manik ini, hanya tertumpu di hujung lengan, hujung labuh baju atau di leher baju memadailah dengan hanya satu layer sahaja. Namun dalam peredaran zaman fesyen sekarang, corak sulaman manik telah berubah di mana jika manik satu layer ia  hanya dibuat pada baju kanak-kanak untuk menyerikan lagi pakaian kanak-kanak tersebut. Ya! pakaian kanak-kanak pun sudah dihiasi dengan corak sulaman manik.

Pelbagai Aksessori Tambahan Corak Sulaman Manik

Untuk menghias rekaan corak sulaman manik pada trend fesyen semasa kini, pelbagai material dan aksessori ditambah selain daripada manik semata-mata iaitu ditmabah dengan labuci pelbagai bentuk, mutiara pelbagai saiz, serta kristal yang memiliki pelbagai rupa.

Dengan menggabungkan ksemuanya, atau mengmabil salah satu daripadanya, corak sulaman manik kini menjadi satu hasil rekaan kerja tangan yang gah apabila menjadi penyeri sesebuah busana.

Perbandingan Harga Corak Sulaman Manik

Tidak hairanlah jika busana mewah dengan manik dan segala bentuk aksessori , boleh menyamai harga sebuah kereta jenama tempatan. Ini kerana apabila pelanggan menempah apa jua rekaan corak sulaman manik, pelanggan sebenarnya membayar hasil kreativiti dan seni kerja tangan si penyulam manik dalam merealisasi dan memenuhi kehendak pelanggan tersebut.

Juga, corak sulaman manik ini bergantung kepada cita rasa pelanggan dan yang paling penting adalah pelanggan sanggup membayar dan berpuas hati dengan hasil kreativiti si penyulam dalam mencorakkan sulaman manik tersebut.

Penggunaan Labuci Pelbagai

Malahan, penggunaan labuci yang pelbagai corak juga sering kali digemari oleh si penyulam manik masa kini untuk menghasilkan bunga-bungaan manik yang lebih timbul dan eksotik.

Jika dahulu, penggunaan labuci dianggap tidak sesuai kerana akan menjadikan busana lebih menyerlah, tetapi pada zaman ini, ia menjadi pilihan ramai. Lagi mewah dan ber bling bling lagi digemari pelanggan.

Jika diperhatikan, jarang individu yang berpakaian polos tanpa aksessori manik mahupun sulaman yang lain seperti sulaman benang, sulaman riben dan juga sulaman kerawang.

Degan adanya trend ini, ia akan meningkatkan lagi permintaan pasaran tentang aksessori busana yang dipadankan dengan pelbagai rekaan corak sulaman manik. Sekaligus, ia dapat menjadi pendapatan sampingan kepada mereka yang berkemahiran dalam menyulam dan menjahit manik.

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik

P/s : Jangan lupa mendaftar bersama kami hari ini untuk menguasai kemahiran ini dan menghasilkan pelbagai jenis rekaan corak sulaman manik anda sendiri.

Related posts:

  1. Labuci India Untuk Rekaan Corak Sulaman Manik
  2. Trend Manik Terkini
  3. Sulaman Manik Penyeri Busana Wanita
  4. Cara Menjahit Manik – Lengkuk, Bulat dan Bergerigi
  5. Menyulam Busana Pengantin
Tags: corak manik pd baju kanak, manik mewah, rekaan manik untuk leher baju, corak rekaan manik di baju, baju manik bling bling, corak manik 2011, new trend corak manik, sulaman manik di jubah kanak-kanak, teknik, corak manik baju budak

1 comment

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply