Ciri-Ciri Online Courses Sulaman Manik

Ketahui Pakej Pendaftaran Manik

Kini, anda berpeluang mempelajari Kemahiran Sulaman Manik bersama kami secara online dengan pembayaran seminimum RM50 sahaja. Malahan, jika anda merasakan bahawa platform ini tidak menepati kehendak dan matlamat anda, anda boleh membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa sahaja.
Tanpa paksaan dan tanpa ikatan kontrak dan tanpa ekstra caj.

Jadi, Bagaimana Caranya Platform Online Courses Ini Berfungsi?

Kaedah #1 : Dipertontonkan Secara Internet Video

Mempelajari kemahiran sulaman, tidak seperti mempelajari kemahiran yang lain. Tanpa melihat secara terperinci mana-mana langkah dan teknik yang dipelajari, menyukarkan kefahaman anda untuk mempelajarinya. Sekali gus, melambatkan proses menguasai kemahiran tersebut.

Justeru, setiap kemahiran yang anda pelajari bersama Online Courses Sulaman
Manik kami, akan dipertontonkan secara video streaming menggunakan talian
Internet anda.

Malahan, bagi memastikan setiap langkah dan proses yang ditunjukkan 100% jelas serta mudah dipraktikkan, kami merakam kesemuanya di dalam studio dengan menggunakan
5 buah Video Kamera HDDV dalam pelbagai sudut.

Hasilnya sungguh menakjubkan! Di mana, anda akan melihat dengan cukup jelas dan terang bagaimana proses sulaman dilakukan satu persatu tanpa batasan, seolah-olah pengajar anda berada di hadapan anda.
Seolah-olah anda sedang mengikuti bengkel sulaman manik secara live. Cuma
bezanya di sini, anda pelajarinya dari rumah anda.

Malahan, kerana ia berbentuk video, anda bebas mengulang tayangnya seberapa kerap yang mungkin.

Anda juga boleh mengulang tayangnya, pada bila-bila masa sepanjang tempoh pembelajaran anda, jika anda mengalami kebuntuan di mana-mana bahagian yang tidak jelas. Jika anda tertinggal, mana-mana sesi pembelajaran, anda tetap boleh mengaksesnya kemudian.

Kaedah #2 : Interaksi di Platform
Diskusi Khas

Setiap
kebuntuan yang anda hadapi, boleh ditanya dan disoal di dalam platform khas
diskusi yang kami bina. Di sinilah anda boleh menyoal, berbincang, mendapatkan
penjelasan, mengetahui kesilapan, memperbetulkan kesilapan dan apa sahaja
kemusykilan tentang teknik-teknik sulaman manik yang telah anda pelajari.Uniknya, di dalam platform ini, setiap persoalan yang masih tidak jelas akan diperjelaskan secara terperinci daripada Pengajar anda secara terus
sama ada nota tambahan akan diberikan, video tambahan akan diberikan, atau foto
langkah demi langkah akan diberikan khusus untuk menjawab persoalan anda.

Tidak cukup dengan itu, platform diskusi ini juga membolehkan anda
memperlihatkan hasil rekaan sulaman manik anda berdasarkan setiap modul dan
teknik yang dipelajari untuk dinilai bersama oleh pelatih-pelatih yang lain secara offline. Banyak yang akan anda pelajari ketika perbincangan dilakukan bersama-sama secara interaktif.
Semuanya memberi peluang untuk anda memperbaiki teknik sulaman manik yang
dipelajari.

Kaedah #3 : Akses & Berinteraksi Di Mana Jua

Anda juga tidak perlu takut untuk ketinggalan mana-mana bahagian atau sesi Online Courses Sulaman
Manik ini. Dengan medium internet, kami memudahkan anda mengakses, berinteraksi, dan mempelajari kemahiran sulaman
manik ini walau di mana jua anda berada.

Asalkan tempat yang anda duduki tersebut mempunyai akses kepada talian Internet.

Serta kata laluan dan password anda tidak dikongsi.Jadi, anda boleh mempelajari teknik-teknik sulaman tersebut mengikut kelapangan jadual harian anda.

Tidak terikat dengan skala jadual yang diberikan (lebih baik jika mengikut skala yang diberikan).

Ini kerana semua teknik dan sesi diletakkan di dalam platform keahlian anda secara automatik
mengikut tarikh anda mendaftar secara rasmi.

Dan sudah tentu anda boleh mengkasesnya mengikut kelapangan waktu anda.

Tidak kira selepas bersarapan, semasa makan tengahari, sewaktu minum petang,
selepas makan malam, atau di tengah keheningan malam.

Namun, anda dinasihatkan untuk sentiasa meninjau dan memasuki ruangan laman keahlian anda
dari semasa ke semasa untuk maklumat serta informasi terkini sekerap yang boleh. Ini kerana kami akan mengemaskini setiap tips dan teknik hanya untuk anda.

Kaedah #4 : Modul Dipelajari Secara Berperingkat & Berkala

Anda tidak akan dibebankan dengan maklumat dan informasi yang banyak sekali gus dalam satu masa. Dalam erti kata lain, platform online courses kami ini, BUKAN seperti laman web keahlian biasa yang mana anda daftar dan log masuk, dan kesemua maklumat akan dihimpunkan ketika itu.

BUKAN juga seperti sistem nota, tulisan, blog yang menggunakan eMel, pos,
posto, posmen, poskad dan pelbagai lagi jenis pos dan mengepos…HeHeHe

Sebaliknya, anda akan mempelajari kesemua teknik sulaman mengikut modul secara berperingkat-peringkat tanpa stres, terdapat latihan dan kuiz, perbincangan, dan lebih tersusun.

Sebagai contohnya, jika anda mengikuti Online Courses Sulaman Manik Modul 1, dan ia mempunyai 5 sub modul, maka sub modul #1 akan diberi dan dihantar ke ruangan Sistem Menu Online Courses anda pada minggu pertama, dan sub modul #2 pada minggu kedua, dan sub modul #3 pada minggu ketiga dan seterusnya.

Malahan dalam tempoh setiap minggu tersebut, anda akan mengetahui pelbagai input seperti tips, aplikasi teknik
yang dipelajari, contoh rekaan teknik, dan rahsia berkaitan dengan teknik yang
anda pelajari dalam medium utama iaitu video dan medium tambahan iaitu nota,
presentasi interaktif dan audiobooks.

Ini bagi membolehkan anda menguasai dan mempraktikkan setiap teknik dan modul
manik yang dipelajari secara mudah, praktikal, tanpa perlu tergesa-gesa dan
stress free. Juga ia memberikan ruang kepada anda untuk mempraktikkan segala
teknik yang dipelajari dan dibincang bersama Pengajar anda sewaktu sesi diskusi
dalam tempoh 24/7 setiap masa.

Malahan, ada juga boleh SMS Tenaga Pengajar anda, tidak lain dan tidak bukan,
Puan Syahida sendiri pada bila-bila masa sahaja untuk bertanya tentang segala
kemusykilan anda.

.

Kaedah #5 : Rujukan Pelbagai Medium Untuk Dimuat Turun

Kami juga memudahkan penguasaan anda dengan menyediakan pelbagai jenis medium pembelajaran dan maklumat dalam bentuk audio mp3, audiobooks, power point, dan transkrip. Ia akan diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.

Kesemuanya, boleh dimuat turun sebagai rujukan kepada anda.

Yang bestnya, anda kini akan mendapat hasil nota dalam bentuk bergambar foto
langkah yang dirakam menggunakan kamera DSLR dalam studio
. Anda boleh menikmati
kualiti nota berfoto tanpa perlu memiliki dan membeli buku lagi. Kesemuanya kami
berikan lengkap dalam pakej pembelajaran online courses anda.

Malahan, jika anda ingin menikmati presentasi dalam bentuk yang lebih
interaktif, nota dalam bentuk interaktif juga akan diberikan dalam bonus-bonus
istimewa yang dimuatkan di dalam segmen Bonus Platform Online Courses Anda.

TUNGGU!!

Kami juga menyediakan BONUS HEBAT untuk anda sebagai pelatih kami. Terdapat banyak bonus yang lumayan untuk anda miliki sebagai pelatih online kami berdasarkan kepada status keahlian anda. 

Bonus #1 : Khidmat Konsultasi Seumur Hidup PERCUMA (**Tidak Ternilai – Serius!)

Anda juga akan memperoleh khidmat konsultasi perundingan seumur hidup daripada kami untuk sebarang kemusykilan dan persoalan mengenai kemahiran-kemahiran yang telah anda pelajari seumur hidup anda.

Malahan, Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri akan melayan dan menjawab segala persoalan dan kemusykilan anda.

Sebagai contoh, jika anda sudah menerima tempahan sulam dari pelanggan anda selepas menjadi pelatih kami, dan inginkan idea serta cadangan tentang corak dan rekaan sulaman, anda boleh menghubungi kami terus untuk bertanya seumur hidup anda secara percuma.

Anda boleh telefon, sms, mms, eMel atau apa-apa sahaja medium untuk berkomunikasi bersama Puan Syahida sendiri.

.

Bonus #2 : Status Alumni Setelah Tamat Pengajian Sehingga Tempoh 6 bulan (**Bernilai RM100)

Sebagai pelatih kami, anda akan memperoleh Status Alumni Untuk Platform Online Courses selama 6 bulan.
Ini bermakna dalam tempoh tersebut, anda.boleh mengakses bahan-bahan kemahiran sulaman
manik yang telah anda pelajari sepanjang tempoh waktu tersebut.

Malahan, hebahan terkini dan maklumat terbaru juga akan dipersembahkan kepada anda.Anda juga boleh mengikuti perbincangan dan diskusi peserta-peserta baru dan
memberikan idea anda. Inilah masanya untuk anda membina kepakaran anda di dalam
bidang sulaman manik. Juga sebagai persiapan untuk anda menjadi perunding dan
memberikan khidmat tenaga pengajar kepada individu lain di luar sana.

.

Bonus #3 : Rakan Niaga Mari Belajar Sulam

Anda boleh berpeluang menjadi rakan niaga Mari Belajar Sulam dengan memasarkan produk dan perkhidmatan anda berasaskan sulaman bersama laman web direktori “Usahawan Sulaman” kami.

Jadi apabila anda sudah menghabiskan sesi pembelajaran anda dengan jayanya, pihak kami akan meletakkan bisnes perniagaan sulaman anda di laman web direktori “Usahawan Sulaman” kami.

Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang kos membina dan menyelenggara laman web lagi. Semuanya akan diuruskan pihak kami.

Jika anda berminat untuk memiliki laman web anda sendiri, kami boleh mereka
dan membina untuk anda dengan kos yang sangat murah serta mudah diselenggara
oleh anda sendiri.

Bonus #4 : Sijil Tamat Pengajian Yang Diiktiraf

Sebagai tambahan kepada rakan niaga di dalam direktori “Usahawan Sulaman”, kami juga akan menyediakan kepada anda Sijil Rasmi Mari Belajar Sulam bagi menandakan anda telah mengikuti dan menghabiskan sesi pembelajaran sulaman anda dengan jayanya.

Anda boleh memaparkannya di dalam laman web, blog atau di mana sahaja untuk mengiklankan perkhidmatan sulaman anda.

Ia diberikan kepada anda setelah anda tamat kesemua modul kemahiran sulaman Kerawang.

Dan sijil yang dikeluarkan pihak kami dari Akademi Sulaman Sri Classic semestinya yang diiktiraf kerajaan.

Siapa tahu bahawa suatu hari nanti, anda akan memerlukannya?

Bonus #5 : Pemasaran Servis Anda Di Direktori Perkhidmatan Kami

Selalunya, masalah untuk memulakan bisnes ialah anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dan membina repo bersama pelanggan. Di mana hendak memulakannya dan apakah medium yang terbaik.

Nah! jika anda menjadi pelatih kami, anda boleh memulakan langkah mendapat dan memberikan khidmat kepada klien anda dengan mengiklankan servis dan perkhidmatan anda bersama laman direktori kami.

ADDS ON TAMBAHAN!!

Untuk menambah nilai proses pembelajaran anda, kami menyediakan ADDS ON TAMBAHAN untuk anda sepanjang proses pembelajaran anda.

Adds On #1 : Penilaian Interaktif / Live Video Konferensi Bersama Tenaga Pengajar (**Mengikut Kekerapan Mingguan)
Tiada Paksaan. Hanya Untuk Yang Berminat Sahaja.

Selain daripada platform diskusi secara offline, kami juga menyediakan peluang kepada anda untuk berinteraksi secara live bersama Tenaga Pengajar Sulaman anda sepanjang sesi pembelajaran anda.

Ketika ini, anda boleh berbincang dan menunjukkan hasil kerja anda kepada Tenaga Pengajar secara live anda dan beliau akan memberikan komen dan cadangan secara langsung kepada anda.

Sekali gus, anda boleh mengetahui dan memperbetulkan setiap kesalahan dan kesilapan yang telah anda lakukan.

Bayangkan, walau di mana jua anda berada, anda kini boleh berinteraksi terus bersama tenaga pengajar anda.

Paling penting komputer anda mempunyai PC Cam dan Mikrofon untuk melihat dan berbincang bersama Tenaga Pengajar anda.

Tidak perlu lagi anda menghadiri kelas secara fizikal bersama kami, tetapi dengan hanya duduk di depan komputer anda, anda boleh berkomunikasi, belajar dan berbincang secara live bersama pengajar anda dan rakan-rakan belajar yang lain secara eksklusif.

Adds On #2 : Bimbingan Keusahawanan dan Perniagaan (**Mengikut Modul Yang Diingini)

Sebagai panel berdaftar bersama MARA Malaysia, kami menyediakan khidmat perundingan keusahawanan yang akan dikendalikan oleh E Skills Training & Consultancy. E Skills Training & Consultancy merupakan Panel Pakar Runding Motivasi dan Keusahawanan MARA Malaysia yang berdaftar.

Justeru, jika anda ingin dan tidak tahu bagaimana untuk membuat kertas kerja, profil perniagaan anda, pendaftaran perniagaan anda, kertas kerja pinjaman perniagaan anda dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan logistik, maka Adds On ini mampu memberikan jalan penyelesaiannya.

Jadi, Berapa Harganya?

Jika anda merupakan penyulam, atau terfikir untuk menjadi seorang usahawan sulaman, inilah platform online courses yang perlu anda daftar. Kami akan menyediakan pelbagai maklumat yang sungguh berharga yang membolehkan anda terus menguasai kemahiran sulaman dengan lebih mudah dan praktikal.

Berita baiknya, kami telah membuat keputusan untuk meletakkan harga yang amat berpatutan mengikut kepada pakej-pakej pembelajaran yang diingini. Sebagaimana respon yang kami terima daripada para pengunjung laman web kami,

kini…

Anda boleh mengikuti Online Courses Sulaman
Manik kami dengan lebih mudah secara ANSURAN BULANAN.

Dan jika anda tidak mahu meneruskan pengajian lagi atau anda merasakan pembelajaran kami
TIDAK MENEPATI KEHENDAK anda, anda BERHAK MEMBATALKAN PENGAJIAN ANDA
BILA-BILA MASA TANPA SOALAN, TANPA CAJ TAMBAHAN, TANPA APA-APA PERKARA YANG
MENYUSAHKAN ANDA!

Jadi, jangan lupa mendaftar bersama kami pada hari ini!!

Rebutlah Peluang Hari Ini, & Daftarlah Bersama Kami!..


Lakukan Tempahan Sekarang!

P/S : Daftar secepat mungkin kerana harga & yuran pakej yang disediakan akan berubah mengikut pasaran dan permintaan. Ini kerana sekiranya pendaftaran melebihi keupayaan server kami, pendaftaran peserta baru terpaksa dinaikkan bagi menanggung kos perkhidmatan server kami.