Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Cara Menjahit Manik – Lengkuk, Bulat dan Bergerigi

July 21, 2010 | By | 40 Comments

Pada tips kali ini, saya akan mengajar anda tentang bagaimana cara menjahit manik untuk menghasilkan bulat, lengkuk dan juga bergerigi dalam sulaman manik anda. Tiada yang mustahil dalam menghasilkan kesemua rekaan dengan kemas sewaktu menjahit manik anda.

Sulaman Manik jika dibuat dengan pelbagai gaya dan teknik akan menghasilkan rekaan yang menarik. Ada yang lebih suka corak bersegi seperti bentuk hexagon, ketupat dan juga piramid. tetapi ada juga yang sukakan corak manik yang melengkung seprti bentuk S dan juga awan larat serta bentuk-bentuk yang membulat.

Pokok pangkalnya anda perlu melihat sendiri sejauh mana kekemasan yang anda mampu hasilkan dalam menjahit manik untuk apa jua jenis rekaan.

Pastikan Cara Menjahit Manik Betul dan Kemas.

Namun, dalam menghasilkan setiap corak sulaman manik di atas, anda perlu mengggunakan cara menjahit manik yang betul bagi mengelakkan corak yang dipilih menjadi kurang menyerlah. Ini kerana dengan gabungan teknik yang salah, ia boleh mengakibatkan jahitan manik tersebut menjadi longgar dan terputus-putus.

Jadi, pastikan langkah di bawah dititik beratkan sewaktu anda mula menjahit manik. Jom kita ketahui beberapa kunci kekemasan yang perlu anda ketahui dalam menjahit manik yang berlengkuk, bulat dan bergerigi.

Kuncinya, Anda Perlu Mengetahui Cara Menjahit Manik Yang Betul

Langkah yang perlu anda lakukan atau cara menjahit manik yang betul dilakukan ialah sulaman manik dibuat secara padat-padat walaupun anda menggunakan teknik iring, teknik manik silang pangkah, ataupun teknik manik selari. Jika terdapat kesalahan dalam cara menjahit manik ini, maka ia akan nampak kurang cantik dan berserabut apabila busana anda siap disulam nanti.

Ingat! Lagi teliti dan kemas sewaktu anda menjahit manik, lagi terpersona pelanggan anda melihat rekaan manik anda.

Matikan Setiap Langkah Sewaktu Menjahit Manik

Selain itu, setiap teknik yang anda lakukan perlulah dimatikan satu persatu bagi mengelakkan daripada ia bertaburan dan bersepah-sepah.  Jika tidak dapat dimatikan setiap satu langkah terutamanya sewaktu menjahit teknik manik jelujur dan teknik manik tabur, anda perlu wujudkan skala mati yang senang diingati dalam proses menjahit manik tersebut.

Ia bertujuan supaya proses menjahit manik anda lebih menarik dan berkualiti.

Dengan sedikit panudan dalam menjahit manik diatas, diharap anda mampu memperbaiki teknik sulaman manik anda supaya ia lebih cantik dan menyerlah. Pastikan ketika menjahit manik rekaan anda di atas busana, fokus dan konsentrasi perlu diutamakan.

Juga pastikan tiada gangguan luar ketika anda sedang menjahit manik bagi memaksimumkan tahap tumpuan dan kekemasan jahitan manik anda.

Jumpa lagi,

Syahida Ramli

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator, Online Courses Sulaman Manik. Jom Belajar Menjahit Manik bersama kami!

menjahit manik

Tags

Submit a Comment