Rekaan sulaman manik terbaru kini menjadi bualan dan ikutan kepada [...]
Jika anda merupakan seorang penjahit baju, maka sudah barang pasti tempahan menjahit manik merupakan satu kemestian dalam setiap tempahan pelanggan anda. Ini kerana bagi wanita yang berkerjaya mahupun tidak, rekaan busana yang bermanik menjadi pelengkap dalam fesyen pakaian mereka.
Menjahit Manik Busana Polos.
Malahan, jika anda menjahit manik busana polos, ia cukup mewah jika dipadankan dengan selendang atau kerudung yang mempunyai sedikit rekaan manik di atasnya. Namun, sebagai pelanggan anda perlu juga memastikan setiap rekaan manik di fabrik anda tidak terlalu sarat sehingga apabila anda memakainya, ia boleh diibaratkan seperti sepohon pokok Krismas yang dihiasi dengan lampu-lampu yang berkerlip-kerlip.
Perlu peka dalam setiap proses menjahit manik pelanggan anda.
Justeru, dalam menjahit manik ini, sebagai penyulam anda perlu peka terhadap apa yang ingin dipakai oleh pelanggan. Misalnya faktor usia, warna kulit serta saiz badan pelanggan juga perlu dititik beratkan agar hasil rekaan sulaman manik anda sentiasa diminati dan digilai oleh para pelanggan yang telah menempah menjahit manik daripada anda.
Sebelum menjahit manik, tentukan dahulu faktor-faktor umur dan warna kulit pelanggan.
Ini kerana, setiap rekaan hasil menjahit manik anda perlulah bersesuaian dengan faktor-faktor di atas agar ia tidak terlalu pelik apabila digayakan oleh anda mahupun sesiapa sahaja. Oleh itu, apa yang penting dalam proses menjahit manik anda adalah, dengan mengimbangi apa-apa teknik, desing atau corak supaya ia sesuai dan menarik dipadankan dengan fabrik busana anda mahupun busana pelanggan anda.
Dinasihatkan agar anda perlu berhati-hati dalam menghasilkan rekaan sewaktu menjahit manik pada fabrik yang bercorak berbanding dengan fabrik polos. Selamat mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic
Moderator Online Courses Sulaman Manik

p/s : Pelajari pelbagai teknik untuk anda menjahit manik bersama Akademi Sulaman Sri Classic hari in!
Related posts:
1 comment
Trackback e pingback
[...] Alvarez Luis Alvaro Emilio Alzamora Kunihiro Amano Daniel Amatriain Dario Ambrosini Ray Amm Luigi Ancona Bob Anderson Chris Anderson ...