Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Cara Jahit Manik Hujung Lengan Baju

January 22, 2013 | By | No Comments

Cara jahit manik hujung lengan baju adalah tips yang ingin dikongsi pada kali ini. Jahitan manik pada hujung lengan baju biasanya amat disukai oleh mereka yang berhijab. Ini kerana bagi mereka, tiada gunanya dijahit pada leher kerana jika berhijab ia dilindungi oleh hijab tersebut. Oleh itu, hujung lengan baju menjadi tempat yang sesuai untuk dijahit manik. Bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia jahitan manik ini, ia tidak segan jika manik dijahit pada hujung lengan baju berbanding jahitan manik pada badan baju dan sebagainya. Ini kerana saiz lengan baju yang kecil berbanding dengan saiz labuh baju ataupun saiz badan baju. Inilah faktor yang menjadi faktor utama dalam menghasilkan jahitan manik pada hujung lengan baju. Jadi mari kita lihat tips tentang cara jahit manik hujung lengan baju dengan lebih lanjut di bawah.

Cara JAHIT Manik Hujung Lengan Baju Menggunakan Manik Iring atau Manik Selari

 

Cara Jahit Manik Hujung Lengan bajuSelain itu, corak yang sesuai adalah mengikut citarasa si pemakai. Namun, bagi mereka yang baru dengan jahitan manik ini, mereka gemar menjahit manik dengan menggunakan teknik jahitan iring, selari 1, 2 atau 3 layer. Ia bukan sekadar mudah dihasilkan tetapi hasilnya amat menarik. Sebab itulah teknik ini sentiasa berada di hati peminat-peminat baru dalam jahitan manik ini.

Cara jahit manik hujung lengan baju pastinya sinonim dengan teknik asas manik seperti yang dinayatkan di atas. Oleh itu, jika diberi pilihan pastinya di hujung lengan baju inilah yang akan dihasilkan dahulu kerana ia mudah dijahit. Justeru, cara jahit manik hujung lengan baju, amatlah mudah kerana anda tidak perlu menggunakan ram ataupun pemidang. Memadailah menggunakan tangan sebagai alas permidang. Ini kerana jika ingin menggunakan pemidang hujung lengan baju itu per lu ditetas untuk anda memasukkan pemidang. Ruang saiz hujung lengan baju yang terhad inilah yang menjadikan penggunaan pemidang tidak diperlukan.

 

ketahui Cara jahit Manik Hujung Lengan Baju

 

Cara Jahit Manik Hujung Lengan BajuTerdapat beberapa cara jahit manik hujung lengan baju yang boleh anda lakukan. Dan pada kali ini saya akan memberikan tips dan cara yang selalu diguna pakai. Untuk memulakan dengan menjahit manik pada lengan baju, saya telah menggariskan beberapa langkah seperti di bawah:-

  1. Pemilihan manik dan kristal itu penting kerana dengan saiz yang sesuai dan sepadan akan menghasilkan jahitan manik yang cantik.
  2. Susunan kristal mengikut saiz dan bentuk yang digabungkan dapat menghasilkan corak yang cantik pada elegan. Sebagai contohnya, kristal perbentuk 6 segi disusun secara melintang dan ditambahkan dikelilingnya manik teknik tabur, pastinya akan kelihatan cantik dan menyerlah pada bahagian lengan baju.

 

Walaupun hakikatnya, anda hanya menggunakan kaedah yang paling mudah ia tetap menyerlah dengan adanya kristal tersebut. Mudah bukan! Sebab itulah saya sering katakan bahawa jahitan manik semudah anda menyebut ABC. Cuma jika tidak kena dengan gayanya barulah ia nampak hodoh dan menyerbabkan anda ‘malas’ untuk menghasilkannnya sendiri.

 

Mengapa Perlu Mengupah JIka Anda Boleh Melakukannya Sendiri?

 

Disebabkan rasa tidak yakin dengan hasil jahitan sendiri menyebabkan anda mengambil jalan mudah dengan mengupah orang menjahit manik di lengan baju. Itulah hakikatnya fenomena yang sering kita jumpa di negara ini. Justeru, tepuk dada tanyalah selera anda menghasilkan jahitan manik ini. Walau bagaimanapun, diharap tips serba ringkas cara jahit manik hujung lengan baju ini dapat membantu anda.

Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic.

Submit a Comment