Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Busana Sulaman Manik Berlabuci – Kaedah Penjagaannya

March 9, 2011 | By | 40 Comments

Labuci dan manik-manik kecil sering digunakan dalam menghasilkan sulaman manik. Ini kerana dengan menggabungkan bahan-bahan tersebut tadi, maka ia mampu menghasilkan motif bungaan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Labuci Dalam Busana Sulaman Manik Mudah Luntur Warnanya jika…

Tapi Awas! Sekiranya fabrik anda dihiasi dengan labuci, maka anda perlu menjaganya dengan sempurna supaya warnanya tidak akan luntur. Cara yang paling efektif adalah jika anda berada di rumah, hanya cucian tangan perlu dilakukan pada fabrik sulaman manik yang berlabuci tersebut. Anda tidak perlulah merendamkan fabrik sulaman manik berlabuci tersebut walaupun untuk beberapa minit. Ini kerana labuci bagi rekaan busana sulaman manik anda akan berubah warna jika direndam.

Cucian Sejuk Memastikan Sulaman Manik Berlabuci Anda Terpelihara

Sebaliknya, jika anda ingin menghantar busana sulaman manik berlabuci anda untuk cucian kering, pastikan mereka menggunakan cucian ozon dan bersuhu sejuk. Jika tidak, ia akan kelihatan seperti terbakar. Itulah yang perlu anda jaga sekiranya terdapat fabrik manik yang menggunakan labuci sebagai bahannya.

Labuci dan Sulaman Manik Penyeri Aksesori Fesyen Busana

Namun, setiap rekaan sulaman manik ini hanyalah aksesori pakaian yang diminati dan menjadi trend pada masa kini. Tanpa busana yang dihiasi dengan corak fesyen sulaman manik, pakaian akan nampak polos dan tidak menarik.
Justeru, jika anda inginkan pakaian yang cantik, pastinya anda tahu untuk memelihara setiap hasil busana anda agar ia sentiasa segar seperti baru.

Selamat Belajar!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Jom belajar menjahit sulaman manik!

Submit a Comment