Pelajari dan Kuasai Sulaman Manik Secara Online Bersama Akademi Sulaman Sri Classic dengan paparan Video Streaming HD.
Pelajari kesemua 5 modul Sulaman Kerawang dari asas hingga ke biku, dari bunga hingga ke kerawang secara Video Streaming HD bersama kami.
Ingin mengetahui teknik dan cara betul dengan jelas dan terperinci dalam menghasilkan rekaan riben anda?
Pelajari pelbagai kaedah dan teknik sulam tangan secara online terus bersama kami tanpa batasan setiap hari sepanjang minggu.
Sri Classic Collection, telah menyediakan anda satu Platform Mari Belajar Sulaman Manik yang cukup istimewa dan praktikal untuk anda menguasai kemahiran sulaman manik ini. Online Courses Mari belajar sulaman manik ini membolehkan anda belajar sulaman manik tanpa perlu ke bengkel manik lagi, kerana apa yang diberikan di sini menjangkaui perkara-perkara yang tidak dapat diberikan sewaktu di dalam bengkel.
Sudah Tentu TIDAK! Ini kerana masa yang diperuntukkan dalam sesuatu bengkel manik amat terhad dan anda juga mempelajarinya dalam kelompok yang ramai serta sangat stres.
Tetapi dengan Platform Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik ini, setiap pertanyaan anda dan diskusi serta kemusykilan anda berkaitan dengan teknik-teknik sulaman manik yang dipelajari, akan dijawab tidak lebih dalam tempoh 1jam dari masa pertanyaan anda.
Bahkan Konsultasi bersama kami adalah PERCUMA seumur hidup anda. Ya! PERCUMA seumur hidup anda. Anda boleh SMS, Telefon, eMel, Gunakan Platform, Video Konferensi, atau Datang terus berbincang di premis kami.
Dalam erti kata lain, jika anda belajar sulaman manik bersama kami, kami akan memberikan runding cara secara percuma untuk menolong dan membimbing anda mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan sulaman.
Sudah Tentu TIDAK! Ini kerana mungkin satu atau dua ulangan tidak mengapa, tetapi apabila sudah banyak kali, bukan sahaja pengajar bosan, peserta bengkel manik lain turut menjadi jengkel dengan anda.
Akibatnya, anda terpaksa buat-buat faham sahaja dan menyambung belajar sulaman manik anda dengan rasa tertekan dan tension. Ini kerana tenaga pengajar terpaksa meninggalkan anda untuk mengejar masa sehari suntuk yang sememangnya tidak cukup untuk mempelajari kesemua teknik sulaman manik sekiranya momentum anda dan peserta manik lain adalah perlahan
Tetapi jika anda belajar Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik ini, setiap video teknik sulaman manik yang diberikan, boleh diulang seberapa banyak yang anda mahu sehingga anda faham. Tidak kira waktu dan masa, anda bebas mengakses bahan-bahan tersebut kembali. Sama ada pagi, tengahari, petang, atau malam mengikut kelapangan waktu anda.
Segala bentuk teknik, aplikasi, contoh, dan tips belajar sulaman manik ini adalah dalam bentuk Video Streaming HD yang dirakam dan diedit dalam studio kami menggunakan 4 buah kamera HDD bagi menghasilkan kualiti yang sungguh menakjubkan. Bahkan anda akan melihat sendiri dengan jelas, di mana, ke mana dan bagaimana jarum sulaman disusupkan ke dalam manik satu persatu ibarat guru sedang mengajar manik betul-betul di hadapan anda.
Sudah TENTU TIDAK! Selalunya anda hanya diberi salinan fotostat kertas yang disalin daripada buku-buku terbitan lain di pasaran.
Jadi, kami memberikan jawapan penyelesaian kepada anda, di mana menerusi Platform Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik ini anda berpeluang memilki nota-nota dan panduan lengkap setiap teknik.
Tidak cukup dengan itu, sebagai peserta Mari Belajar Sulaman Manik ini, anda berpeluang memuat turun langkah-langkah setiap Teknik Sulaman Manik terus ke dalam komputer anda, untuk dijadikan rujukan. Anda boleh mencetaknya jika anda mahu.
Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik ini merupakan modul yang dirangka dan dibangunkan oleh Akademi Sulaman Sri Classic bersama Pengasasnya, Puan Syahida Ramli yang mmepunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang sulaman.
Beliau juga merupakan Panel Pakar NOSS Persijilan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dalam Bidang Sulaman dan Apparel.
Beliau juga adalah Panel Pakar Runding MARA Malaysia dalam bidang Sulaman dan Aksesori Wanita serta Keusahawanan Wanita.
Platform Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik ini mempunyai beberapa ciri penting dan tersendiri. Ia bertepatan dengan matlamat utama pembinaan platform ini iaitu untuk mengajar dan membolehkan setiap peserta benar-benar menguasai kemahiran sulaman manik tanpa stres dan tekanan.
Biarpun anda tidak tahu cara menjahit mahupun langsung tidak pernah memegang sebatang jarum sebelum ini, namun ciri-ciri Online Courses Belajar Sulaman Manik di sini telah dibangunkan dengan mengambil kira setiap level anda dalam kemahiran sulaman manik ini.
Modul Belajar Sulaman Manik ini, mempunyai 8 modul besar yang dipecahkan kepada 5 teknik setiap modul. Namun, setiap teknik merangkumi sesi kaedah, sesi aplikasi dan contoh, sesi tips dan rahsia, serta sesi diskusi bersama pengajar anda.
Tidak cukup dengan itu, setiap sesi akan dipaparkan secara Video HD, nota untuk dimuat turun, bonus berganda, konsultasi bersama pengasas dan sebagainya.
Malahan, jika anda peserta paling aktif, anda akan memperoleh bonus modul-modul tambahan yang tidak diberikan kepada peserta lain di dalam platform ini.


![]()